+605260071
admin@nuruliman.org.my

Sinar 2018

Sinar 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Nurul Iman.. Cerita kali ini adalah mengenai salah seorang anak Nurul Iman yang telah berjaya merangkul kecemerlangan dari segi akademik pada tahun 2018 ini.

Nombor 1 dalam kelas

Nama yang didaftarkan ialah Juamri Bin Abdullah. Umur 10 tahun. Anak bongsu dari 4 adik beradik. Seorang yang periang. Seorang yang rajin. Dan seorang yang kuat berangan. Nak jadikan kisahnya, pada peperiksaan pertengahan tahun 2018, Amri telah dapat nombor 4 dari 29 murid dalam kelasnya. Dan dia sangat kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah . Dengan semangat yang berkobar-kobar dalam jiwa muda. Dia terus berusaha tanpa henti. Belajar dengan penuh minat. Dan sangat fokus di dalam kelas. Dengan usaha yang dilakukan oleh adik Amri, keputusan bagi peperiksaan akhir tahun 2018 sangat memeranjatkan adik Amri.

 

Alhamdulillah dengan usaha, doa dan tawakal serta bimbingan dari cikgu sekolah dan juga sukarelawan dari Group Teach For The Needs, adik Amri telah berjaya merangkul tahta no 1 dan matapelajaran terbaik bahasa melayu (pemahaman).
Terima Kasih kepada semua pihak yang sudi membantu kami dari segi akademik anak-anak di Rumah Nurul Iman. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik yang anda semua berikan. Semoga ALLAH merahmati dan memberkati jasa-jasa anda semua. Sehingga kita berjumpa di lain posting ya.

Matapelajaran Terbaik Bahasa Melayu (Pemahaman)

Sekian. Terima Kasih. Thank You. شكرا لك

 

Bersama Beramal

 

 

LAMANWEB RASMI                               AKAUN SUMBANGAN                                        HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *