+605260071
admin@nuruliman.org.my

BOLA ! BOLA ! BOLA !!

BOLA ! BOLA ! BOLA !!

Apa itu bola sepak? Seronok sangat ke main bola sepak tu ? sampai makan pun bola, minum bola, tidur pun masih lagi teringatkan bola. Hebat bukan penangan si Bola ni. Al-kisah sebelum bulan Ramadhan baru-baru ini, salah seorang anak Nurul Iman masuk pertandingan Bola Sepak, ramai yang pandang rendah dengan permainan beliau. Tapi bila tiba hari perlawanan tersebut tidak sangka boleh dapat tempat kedua dalam Kinta Utara. Alhamdulillah. Sebenarnya, apa yang orang lain tak nampak dekat kita, kita patut usaha dengan lebih lagi supaya boleh membuka mata dunia untuk melihat kebolehan kita kan.

Jom kita kenal dengan anak Nurul Iman yang sangat minat dengan bola sepak ini.

Nama adik ini ialah Muhamad Adam Hakimi Bin Mohd Suhaimi, umurnya sudah 15 tahun, tidak lama lagi sudah mahu menduduki peperiksaan PT3. Cemasnya admin rasa bila sebut mengenai peperiksaan ni. Baiklah kita teruskan.. Adik Adam seorang yang sangat hyper active, cergas, suka menyakat kawan-kawan yang lain dan banyak sangat main. Admin harap peperiksaan yang akan datang ni tidak lah mengecewakan.

Inilah wajah-wajah ceria adik Adam kita ni.

TAHNIAH ADAM DAPAT NAIB JOHAN

Tahniah untuk Adam dan pasukan yang berjaya merangkul Naib Johan dalam KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KINTA UTARA ZON B. In Sya Allah jika ada rezeki yang lain dan boleh pergi pastikan dapatkan Johan pulak ye.

lebarnya senyuman adam

Rezeki tahun ini semua anak-anak Nurul Iman dapat berjumpa dengan semua pemain bola sepak Negeri Perak dan berbuka puasa bersama-sama. Tak dapat admin nak gambarkan betapa cerianya anak-anak berjumpa dengan pemain-pemain sekalian. Semoga ada rezeki lagi untuk berjumpa pula.

Inilah idola Adam. Adakah Adam pun akan hebat seperti idolanya?

Sampai sini sahaja coretan admin kali ini ye, bila ada yang terbaru dan info yang menarik pasti admin akan kongsikan. Jangan lupa baca artikel yang lain ye.

 

Putera dan Puteri Nurul Iman dan Pemain Bola Sepak Negeri Perak

 

Sekian, Terima Kasih.

Bersama Beramal

LAMANWEB RASMI                               AKAUN SUMBANGAN                                 HUBUNGI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *